Nuffnang

lu ikot gua, gua ikot lu. tarak hal punya.

suka blog ni? macam laik a gisik? zasss

Wednesday, November 17, 2010

selamat hari raya aidiladha bro!

heheheh. di pagi yang mulia ini, umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji.

Aku teringat dulu masa zaman matrikulasi. ada program korban dekat masjid. aku dengan kawan-kawan semua pun tolong lah sekali mana yang boleh kami tolong. part paling terbaik bile kitorang dapat gearbox berketul ketul bai!!! hulamak!

mmg makan mcm x igt dunie dah.  masa nak balik tu, nasi banyak gile lebih n aku pun mintak bawak balik mana yang mampu pastu bagi budak budak kat hostel. nasik kalau biar je kan ke jadi kering? apelagi... letak kuah air masak laaa. kehkehkehkeh.

apa sebenarnya hari raya haji ni? korang tau? bukan nak cakap ape la kan tapi budak budak muda skang ni mane lah ambik tau sangat pasal bende bende macam ni.

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

nak baca lebih lanjut? tekan sini, sini, dan sini.

korang nampak lembu lembu di tepi jalan? sembelih je buat korban.

(cari tuan die dulu weyyy kang kene katok x pasal pasal)

ini buat Sup kenyang ni wehhh! :D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...