Nuffnang

lu ikot gua, gua ikot lu. tarak hal punya.

suka blog ni? macam laik a gisik? zasss

Tuesday, June 21, 2011

Lamborghini atau Lembugini?

tengah aku duk syok layan kopitiam section kat forum.lowyat.net, aku jumpa satu topik panas iaitu pasal Lamborghini eksiden hancur berkecai pasal duk main cucuk belakang BMW M5.

kejadian diakatakan berlaku selepas Japan GT championship dekat Sepang pada hari yang sama iaitu hari ahad baru ni.

menurut sumber, Lembu tu nak racing dengan m5. sekali x buleh kontrol lepas langgar bontot m5 terbabas pastu langgar divider.

x ke bangang? x reti nak bawak kerete tu x payah la nak main gile. ingati kete tu pakai kuasa lembu ke? kuasa kuda weiii.

tu kalau claim insuran memang menyirap syarikat insuran nak cover balik. kerete lembu tu pulak buat pakai tangan. hehs. nasib baik enjin lambo kat belakang. kalau x, meletup cam cite mission impossible tu tak ke naya?

apa-apahal pun, ingatlah orang yang tersayang x kire kau naik kancil ke, rusa ke, kelisa ke, dan especially bile kau naik lembu.

sumber dari forum.lowyat.net
credit to ericmaxman
credit to seanoys

update: Lembu menggunakan bodykit Premier 4509











Baca Lebih Lanjut / Read more

Cara nak Paste HTML Code dalam entri blog anda

assalamualaikum dan salam sejahtera. kali ini, aku nak ajar cara untuk korang paste HTML code dalam entri blog korang.

mula mula sekali klik pada posting dan new post untuk korang taip entri.

contohnya korang nak paste kan kod ini
<data:post.body/>
klik pada butang quote di bawah butang edit html macam ni


cursor korang akan blink kepada tempat yang telah korang tekan quote tadi. selepas itu paste kod yang anda nak tadi di tempat tersebut.


tekan preview untuk lihat dahulu sebelum publish post. kalau dah puas hati, publish post dan hasilnya adalah seperti ini.


terima kasih pada faizal yang cadangkan aku buat entri pasal benda ni. 

selamat mencuba. terima kasih pun dah cukup beb. :)
Baca Lebih Lanjut / Read more

Monday, June 20, 2011

tingkatkan rating blog anda dengan Facebook Like+Send button

harini aku nak ajar satu tutorial macam mana nak masukkan Facebook Like+Send button versi baru dari facebook developers. facebook merupakan medium terbaik untuk mempromosikan blog anda. memang dijamin oleh pakcik kulop.

mula-mula pergi pada design .

kemudian pergi pada edit html

tandakan kotak expand widget template

kemudian salin kod ini
<data:post.body/>
 klik pada kod dalam kotak edit template tadi, kemudian tekan ctrl+f.

search bar akan keluar kemudian paste kod tadi dekat situ dan tekan enter.

korang akan dibawa kepada kod tersebut.

kemudian paste kod ini 
<div><script src='http://connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1' type='text/javascript'/><fb:like colorscheme='light' expr:href='data:post.url' font='' layout='standard' send='true' show_faces='false' width='450'/></div>
selepas kod
<data:post.body/>
kemudian tekan save template setelah selesai. blog korang akan keluar macam ni


korang boleh tukar bahasa untuk plugin ni kepada bahasa melayu. cuma perlu tukar en_US kepada ms_MY

untuk lihat samada berjaya atau tidak, korang boleh cuba dulu benda ni pada profile korang sendiri. tekan like dan di profile facebook korang akan keluar macam ni.


jadi bila ada orang like entri blog korang, secara automatik link blog korang akan keluar dekat news feed orang tu dan secara x langsung mempromosikan lagi blog korang pada rakan-rakan dia.

selamat mencuba. terima kasih pun dah cukup beb. :)
Baca Lebih Lanjut / Read more

takziah buat pemergian seorang perajurit negara yang terlibat dalam kemalangan awal pagi tadi

kejadian berlaku pada pagi ahad 19 Jun 2011 di batu 10, kuching, sarawak. Mendiang dikenali sebagai Pegawai Waran II Digat anak Sen.

Mangsa 

adalah diketahui bahawa mendiang menaiki kenderaan beliau bersama dengan seorang lagi rakan sekerja dalam perjalanan menuju ke markas PALAPES UNIMAS untuk menjalankan tugas beliau sebagai salah seorang jurulatih bagi kadet-kadet pasukan. kenderaan yang beliau naiki terbabas lalu melanggar sebatang pokok di bahu kiri jalan. kedua-duanya tidak mengalami sebarang kecederaan.
rakan sekerja mendiang melintas ke seberang jalan berkemungkinan untuk mendapatkan bantuan. mendiang dilanggar apabila cuba menyeberang jalan menuju ke arah rakan sekerjanya. 

menurut saksi yang berada di tempat kejadian, kejadian itu adalah kejadian langgar lari yang dilakukan oleh sebuah Perodua Kancil berwarna perak. mangsa cedera parah dan meninggal di tempat kejadian. mangsa dibawa ke Hospital Umum Kuching untuk bedah siasat dan jenazahnya tiba di rumah keluarga pada pukul 5 petang tadi. 

mendiang meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak. 

takziah aku ucapkan pada mendiang semoga Tuhan merahmati beliau atas jasa beliau mempertahankan negara Malaysia yang tercinta ini serta jasa beliau sebagai guru bagi kadet-kadet pimpinan beliau. rasa macam sekejap sangat mengenali beliau tapi beliau dahpun pergi meninggalkan kita.

kepada sesiapa yang terlihat atau mengetahui lebih lanjut mengenai kejadian ini, diminta menghubungi pihak polis agar pesalah yang menaiki Kancil berwarna perak itu dapat dibawa ke muka pengadilan dan menerima balasan yang setimpal.

ingat sikit, kau mungkin lepas undang-undang dunia, undang-undang Allah belum tentu kau lepas.

RIP Encik Digat. Jasa dan kenangan bersamamu takkan kami lupakan sampai bila. 

Baca Lebih Lanjut / Read more

Sunday, June 19, 2011

Marine Field Work di Lundu, Sarawak

pada 17-19 Jun 2011 hari sabtu hingga ahad, subjek marin dan invertebrata air tawar mengadakan satu kerja lapangan bagi mengkaji diversity of marine invertebrates from low high tide to low tide. kami dikehendaki mengkaji kepadatan dan kepelbagaian spesis invertebrata marin yang terdapat di kawasan kajian iaitu di tanjung batu.



perjalan mengambil masa 10 minit menaiki bot dari kawasan pantai menuju ke tanjung tersebut. hari kejadian adalah pada hari sabtu. ketibaan kami di lundu adalah pada sebelah malam di kawasan penginapan.




kerja lapangan dimulakan pada pukul 9 pagi sehingga pukul 1 tengah hari. kami dikehendaki mengira kecerunan dari kawasan high tide ke low tide menggunakan kaedah manual walaupun alat rangefinder dibekalkan. di sepanjang garis transek yang dilakukan iaitu sepanjang 50 meter, 5 kuadrat dengan 2 replika setiap satu kuadrat pada setiap stesen 10 meter dari garis permulaan dilakukan.





bilangan individu dan spesis yang terdapat dalam petak kuadrat 0.5 meter persegi dicatat dan setiap satu spesis dibawa pulang ke tempat penginapan untuk melakukan proses identifikasi spesis menggunakan monograf.
















































sebelah malam, barbeku ikan dan ayam dibuat oleh pembantu makmal yang ada. malangnya, banyak makanan tidak habis kerana terlalu banyak yang dipanggang. tambahan pula. bilangan pelajar hanya ada 15 orang merangkumi 14 orang pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki iaitu aku. memanglah tak habis. tapi apa-apa hal, pantai tu memang cantik. air biru bersih takdak pencemaran. tapi kat pasir tepi pantai tu yang sakit hati taik besepah. chett.

ahad pagi, pelajar dibenarkan mandi manda di pantai sebelum taklimat terakhir oleh profesor shabdin long sementara menunggu ketibaan bas pulang.
Baca Lebih Lanjut / Read more
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...