Nuffnang

lu ikot gua, gua ikot lu. tarak hal punya.

suka blog ni? macam laik a gisik? zasss

Monday, June 20, 2011

takziah buat pemergian seorang perajurit negara yang terlibat dalam kemalangan awal pagi tadi

kejadian berlaku pada pagi ahad 19 Jun 2011 di batu 10, kuching, sarawak. Mendiang dikenali sebagai Pegawai Waran II Digat anak Sen.

Mangsa 

adalah diketahui bahawa mendiang menaiki kenderaan beliau bersama dengan seorang lagi rakan sekerja dalam perjalanan menuju ke markas PALAPES UNIMAS untuk menjalankan tugas beliau sebagai salah seorang jurulatih bagi kadet-kadet pasukan. kenderaan yang beliau naiki terbabas lalu melanggar sebatang pokok di bahu kiri jalan. kedua-duanya tidak mengalami sebarang kecederaan.
rakan sekerja mendiang melintas ke seberang jalan berkemungkinan untuk mendapatkan bantuan. mendiang dilanggar apabila cuba menyeberang jalan menuju ke arah rakan sekerjanya. 

menurut saksi yang berada di tempat kejadian, kejadian itu adalah kejadian langgar lari yang dilakukan oleh sebuah Perodua Kancil berwarna perak. mangsa cedera parah dan meninggal di tempat kejadian. mangsa dibawa ke Hospital Umum Kuching untuk bedah siasat dan jenazahnya tiba di rumah keluarga pada pukul 5 petang tadi. 

mendiang meninggalkan seorang balu dan 4 orang anak. 

takziah aku ucapkan pada mendiang semoga Tuhan merahmati beliau atas jasa beliau mempertahankan negara Malaysia yang tercinta ini serta jasa beliau sebagai guru bagi kadet-kadet pimpinan beliau. rasa macam sekejap sangat mengenali beliau tapi beliau dahpun pergi meninggalkan kita.

kepada sesiapa yang terlihat atau mengetahui lebih lanjut mengenai kejadian ini, diminta menghubungi pihak polis agar pesalah yang menaiki Kancil berwarna perak itu dapat dibawa ke muka pengadilan dan menerima balasan yang setimpal.

ingat sikit, kau mungkin lepas undang-undang dunia, undang-undang Allah belum tentu kau lepas.

RIP Encik Digat. Jasa dan kenangan bersamamu takkan kami lupakan sampai bila. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...