Nuffnang

lu ikot gua, gua ikot lu. tarak hal punya.

suka blog ni? macam laik a gisik? zasss

Wednesday, June 15, 2011

Toshiba L745-1050X

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada kamu yang tengah membaca ini.

hahahaha. dah lama betul x dapat update blog. ni semua kerana babygirl gua yang dah rosak setelah hampir 3 tahun jadi tempat untuk gua melampiaskan nafsu gua.  KAH KAH KAH

babygirl = HP Pavilion TX2520au = Laptop pertama aku


sayang betul aku nak tinggalkan dia sebab dah lama sangat dia duduk bersama aku susah senang. aduhai. tapi nak buat macam mana kan. setiap yang datang pasti akan kembali. itu janji Allah S.W.T.

kita hanya mampu merancang tapi Dia jua yang menentukannya. :(

selesai mukadimah, sambung pula pada tajuk hari ini iaitu TOSHIBA L745-1050X.


ini merupakan model laptop yang baru aku beli sebagai pengganti kepada babygirl dan nama baru beliau ialah BabySayang. hahahahahahahahahahaha

apa yang menarik sangat pasal BabySayang ni? untuk pengetahuan semua, adalah perlu untuk kita menyiasat dengan segala benda yang dapat kita siasat mengenai sesuatu benda yang kita nak beli agar ianya akan rasa lebih berbaloi dan kita juga tidak akan mudah dikencing oleh celaka-celaka di luar sana yang nak kebas duit susah payah titik peluh kita. huiiii. mintak simpang bai.


jadi sebelum aku bertukar cinta dengan toshiba ni, aku dah buat survey segala macam survey yang aku mampu dan salah satu langkah terbaik yang aku boleh cadangkan kepada korang semua adalah bergiat aktif dalam forum forum siber.

contohnya, korang boleh sertai Forum.Lowyat.Net


tempat ni memang bagus. aku rasa nilah salah satu forum yang terkenal kat malaysia ni selain jiwang.org, putera, cari.com.my, dan yang sewaktu dengannya. ada satu section Notebook Recommendation. dekat sini, korang boleh mendapatkan cadangan notebook yang paling sesuai mengikut ketebalan poket dan kegunaan korang. yang paing penting, kat sini, harga sentiasa di update dari semasa ke semasa. jadi korang xdaklah kene kencing hancing-hancing dengan peniaga laptop ni.


mari kita mulakan dengan spesifikasi dulu :-

Intel® Core™ i3-2310M processor (2.10GHz, 3M Cache)
Genuine Windows® 7 Home Premium
Mobile Intel® HM65 Express Chipset
2048MB DDR3 1333MHz SDRAM expandable to 8192MB
14.0" WXGA HD Clear SuperView LED Backlight TFT display (16:9), resolution 1,366 x 770
NVIDIA® GeForce® GT525M (dedicated 1GB VRAM)
640GB (SATA) with shock absorbers
DVD SuperMulti Double Layer Drive (DVD ± RW/RAM)
TouchPad with Gesture Support
Bluetooth V3.0 w/ High Speed Technology, Integrated 802.11bgn, 10/100 Mbps
Built in Web Camera with Toshiba SmartFace™ Technology
Stereo Speakers, 16-bit Stereo with Dolby® Advanced Audio and Intel® High Definition Audio Support
3 x USB 2.0, 1 x USB 3.0 (Sleep and Charge), RGB, HDMI, External Mic (stereo), External Headphone (stereo), 4-in-1 Card Reader (supports SD™ Card, Memory Stick®, Memory Stick Pro™,Multimedia Card™)
6-Cell Lithium Ion
65W/75W Universal AC Adaptor
340 x 229 x 34/38mm
Starting from 2.14kg
Grace Silver

Harga Pasaran : RM 1999
(yang aku hitam dan gariskan ni adalah benda special yang patut korang ambil kira)



apa yang buat aku pilih laptop ni berbanding dengan laptop lain? ok. pertama sekali yang patut kita pilih dalam pembelian laptop ni adalah CPU dan GPU. dua bende ni yang penting.


untuk toshiba ni, cpu yang digunakan adalah Intel® Core™ i3-2310M processor (2.10GHz, 3M Cache). ini adalah intel second generation sandy bridge processor yang paling latest. macam mana nak kenal? semua cpu 2nd generation intel ada nombor 2 dekat depan. contoh, Core™ i3-2310M, Core i5-2410M, Core i7-2630QM(quad core). kalau dia ada 3 digit sahaja, maknanya itu adalah cpu lama dan korang elakkan dari membeli barang lama kerana teknologi makin lama makin canggih.


GPU toshiba ni aku rasa paling bagus dalam kategori bawah RM2,000.00. menggunakan gpu Nvidia GT525m. KLIK SINI.


kalau korang perhatikan betul betul, beza dia dengan gt 540 dan gt 550 hanya beza speed sahaja tapi shader masih sama. so keupayaan dia lebih kurang je lah. tapi cuba tengok beza 525 dengan 520. shader 2x ganda berbeza.


untuk baca review penuh, KLIK SINI.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...