Nuffnang

lu ikot gua, gua ikot lu. tarak hal punya.

suka blog ni? macam laik a gisik? zasss

Tuesday, August 02, 2011

cara senang nak overclock gpu (kad grafik) anda



ramai yang tertanya-tanya mcm mana nak overclock gpu ni kan? hah. ni cara yang paling senang untuk end-user mcm kita ni.


sebelum korang nak overclock gpu korang, pastikan dulu korang tau maklumat gpu dalam laptop / pc korang. maklumat yang perlu korang bukak bijik mata besar-besar adalah

cap apa
no model gpu
core speed
shader speed
memory speed

ni benda paling penting. untuk dapat maklumat yang kaw kaw punya detail dan berguna, masuk kat laman web sesawang www.notebookcheck.net

masuk laman sesawang ni, search model kad grafik korang sampai jumpa.

mmg berguna. maklumat yang dia bagi siap dengan frame rate untuk game-game latest sekali. senang lah nanti korang nak buat perbandingan. kad grafik yang hebat sudah semestinya dapat bawa frame rate yg besar nilainya.

untuk nvidia, download software ni. nvidia system tools.

bila korang dah install,


masuk kat nvidia control panel, tekan device setting kat bawah performance.

tekan custom, pastu korang adjust slider tu sampai kat berapa mhz yg korang nak overclock.

tapi hati hati. salah adjust, temperature naik peak, tebakar gpu ko nanti. nak overclock ni, kena slow slow. naik 10-10 atau 5-5 la. jgn sampai suhu gpu jadi abnormal. means biar temperature bila load x lebih dari 80 la untuk be safe. 

sambil korang overclock, sambil tu jugak korang kene buat live monitoring.

pakai pulak software ni. nvidia inspector 

kalau xnak pun boleh jugak korang pakai nvidia system monitor. cuma yg nvidia system monitor ni x tunjuk dlm bentuk graf. kurang menarik la.  

untuk yang pakai ati pulak, aku suggest korang pakai yg ni. ati tray tools. aku dah tersilap overclock kat ati3200 aku dulu sampai fried gpu aku. pehhhh. tu yg aku bagi peringatan kat korang.

hati-hati la buat overclock ni. power memang power tapi lifespan gpu korang pun akan menurun jugak. jadi, selamat mencuba dan aku doakan semuanya selamat. aminnnn

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...