Nuffnang

lu ikot gua, gua ikot lu. tarak hal punya.

suka blog ni? macam laik a gisik? zasss

Saturday, March 10, 2012

tinggal ibu lumpuh di hotel murah






astaghfirullahalazim.. betul lah kita ni dah hampir ke akhir zaman..
tergamak seorang anak yang ditatang bagai minyak yang penuh oleh ibu akhirnya membuang ibu kandungnya sendiri. ternyata Allah tak pernah melupakan hambaNya. makcik ni akhirnya ditemui dan dijaga oleh owner dan pekerja hotel tersebut yang berbangsa Cina. 

nauzubillahminzalik. jauhkan lah semua ibu dan ayah di dunia dari diperlakukan begini oleh anak mereka sendiri.

lepas aku baca berita ni, aku terus telefon mak aku dan bagitau pasal benda ni. mak aku pesan " adik nanti jangan buat mak dgn ayah macam ni. mak ngn ayah dah takda orang lain lagi dalam dunia ni. "

ya Allah.. hati aku terus berdebar2 bila mak aku cakap macam tu... Mak jangan risau mak. org takkan sesekali buang mak ngn ayah biarpun org hidup susah macam mana pun.

kepada semua yang masih mempunyai ibu dan ayah, sayangilah mereka. tidurlah dengan mereka. peluklah mereka. pujilah mereka. telefonlah mereka. berguraulah dengan mereka. tangkaplah gambar dengan mereka sementara mereka masih bernyawa.
biar kita jahat macam mana pun, ayah dan ibu jangan sesekali kita tinggalkan. aku pesan ni untuk mengingatkan diri aku jugak. kita semua manusia yang lemah lagi hina.

update: dengar cerita yang anak makcik ni dah kembali untuk jaga makcik ni. dan dia pun dapat bantuan seorang usahawan yang tolong mereka dua beranak. alhamdulillah


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...